Tuesday, December 21, 2010

Hari Anugerah Cemerlang

Sebahagian pengerak HAC 2010 bersama YB

Tahun ni, Hari Anugerah Cemerlang sekolah dibuat di kantin sekolah aje. Bangunan baru belum boleh digunakan lagi. Dewan Terbuka pulak, belum nampak bayang...janji bulan 4..ni dah bulan 12.

Tahun ini juga HAC dirasmikan oleh ADUN Rengit, YAB Hj Ayub b Hj Jamil...seorang YB yang komited terhadap pelajaran anak-anak di kawasan DUN Rengit (membuat program pendidikan yang dinamakan EXCEL Rengit)

Meriah dan banyak hadiah yang diperuntukkan untuk pelbagai kategori murid. Tahun ini juga, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menyumbangkan sebahagian daripada hadiah tersebut...terima kasih BSN.

Tahniah! kepada anak-anakku..


Persembahan murid PRA

Persembahan murid Tahap 2..menarik persembahan mereka

Wakil BSN, YDP PIBG Tn Hj Saeman, YB Hj Ayub, GB Tn Hj Ramly



ECC Nite Jamboree Melaka

Tarikh: 30/10/10
Masa: 8.30pm
Tempat: Dataran Ayer Keroh, Melaka.

Jamboree pertama aku. Bersama geng RecNvirO (RnV), (Bani Lamidin, Yusri, Roslan, Astroboy, Abg GT dan Jijol) bertolak sendiri bersama keluarga menuju ke Melaka dan menginap di Mahkota Guest House (MGS). Jumpa geng RnV di sana. Terkejut sebab dengar cerita, sdr Jijol melakukan aktiviti memanaskan badan sejauh 102 km (dari Pt Raja ke Umbai)..perghh memang hebat.

Gambar aku ambik dari FB dia

Petang tu hujan renyai2.. pukul 6.30 ptg kami konvoi dr MGS ke tempat pertandingan. Hujan dah berhenti dan mula setup basikal masing-masing.

Gambar selepas setting basikal

Pergi kat starting point, ramainya (hampir 1500 riders).

Nak dapat bawah 100 pun payah ni...

Sebelum mula, ada pertunjukan bunga api...kira meriahla jugak. 8.30 mlm semua rider dilepaskan aku dan beberapa geng RnV mula kat belakang.

Gambar sebelum mula


Aku pun kayuhla..nak kata laju taklah laju sangat dalam 25- 28 km/j aje. Sampai di UTeM jem la pulak (mula masuk offroad) dan ada rider yang jatuh (teruk jugak) sempat lagi ambil gambar kat situ.



Lepas tu semua rider dah mula menjarakkan diri..yang power, dia tinggalkan asap aje kat kita. Sebelum CP1 rantai Corratec putus (bukan sekali tapi dua kali) tapi perjuangan tetap diteruskan...Syabas Bani.

Sahabat yang setia...

Aku teruskan kayuhan tinggalkan Bani( sbb Yusri dan Jijol dah ada tolong)..bukan tinggalkan kawan sbb masa tu aku rasa diorang boleh kejar aku (dlm RnV aku ranking bawah aje)..

Trek memang licin, tapi sangat syok.. aku tak peduli pon kat orang lain... mcm biasa, target aku nak sampai CP aje. Nak sampai CP1, CP2, CP3 aku rasa ok aje. Lepas tu memang penat la nak kayuh...kaki dah mula krem..bila sampai bukit aku tolak MTB aku....tak larat. Dari CP4 ke CP5, 2 kali aku tersembam...memang mencabar bagi aku yang taraf beginner ni.

Aku sampai kat finishing point pukul 12.45 pg selepas 4 jam 15 min …memang penat… dapatlah jugak nombor 770..

Bila sampai, aku tengok si Astroboy dah ada kat jam besar, Roslan dah bertolak balik...power betulla diorang ni. Dalam pukul 1.10 pg aku nampak kelibat Abg GT. Tapi mana Bani, Jijol dgn Yusri...dalam 1.30 pg baru sampai sebab masalah teknikal..

Basikal jangan cerita...berselut habis....lepas basuh, pegi ngeteh kat kedai mamak di Bandar Hilir..tengok jam dah 6.00 pg.


Congrat semua....cuba lagi next jamboree..

Keseluruhannya, penganjuran jamboree ni aku bagi 4 bintang..sbb mereka boleh uruskan program ni dengan baik dan lancar walaupun ada suara-suara sumbang (tu biasala...jangan kecik ati)...

Wassalam..

Lama tak Update

Mula-mula memang semangat bila berblog ni. Semua nak tulis..lama-lama jadi malas. Ni kira semangat dah pulih ni..

Wassalam..